Di dalam Qur’an, Allah menjelaskan bahawa di sana terdapat para pemimpin kejam dan zalim yang menyeru pengikutnya menjauhi ajaran agama Allah sekaligus memerintahkan mereka untuk mengingkari-Nya. Allah menerangkan mereka di dalam sepotong ayat sebagai ‘pemimpin yang membawa ke neraka’ (Surah al-Qasas: 41). Karakter pemimpin ini begitu jelas di dalam sifat Fir’aun seperti yang diceritakan di dalam kisah Nabi Musa a.s, namun karakter yang sama juga pernah wujud di dalam lembaran sejarah hari ini. Dengan menggunakan kaedah yang sama, kumpulan pemimpin ini mengerahkan tindakan kezaliman dan tidak berperikemanusiaan ke atas rakyat jelata, menjauhkan mereka daripada landasan agama yang sebenar dan mengheret mereka ke lembah kemusnahan di dunia dan hari kemudian.
Di zaman kita pemimpin seperti Adolf Hitler (dikenali kerana kekejaman dan pertumpahan darah yang diakibatkan olehnya di Eropah), Vladimir Lenin, Joseph Stalin dan Mao Tse Tung, dan para mentor mereka seperti Karl Marx dan Friedrich Engels juga tidak jauh berbeza jika dibandingkan dengan Fir’aun. Charles Darwin menyuburkan kekejaman mereka dan menyokong golongan ateis ini melalui teori evolusi yang diasaskannya.
Seperti yang dinyatakan di dalam Qur’an, para utusan dan wali Allah, sering berhadapan dengan pemimpin zalim seumpama ini ketika menyampaikan risalah Allah. Oleh sebab itu, mereka sering memulakan argumen risalah wahyu ini kepada golongan pemerintah terlebih dahulu berbanding rakyat jelata kerana dengan menawan pemerintah bermaksud memenangi hati rakyat yang berada di bawah kekuasaan mereka. Para utusan memulakan dakwa mereka kepada para pemimpin dan mengutarakan hakikat risalah Tuhan mereka. Al-Qur’an menjelaskan bahawa Nabi Musa a.s diutuskan kepada Fir’aun:
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Musa dengan tanda-tanda (kekuasaan) Kami dan mukjizat yang nyata, kepada Fir’aun dan pemimpin-pemimpin kaumnya tetapi mereka mengikut perintah Fir’aun padahal sekali-kali perintah Fir’aun bukanlah yang benar. Surah Hud: 96-97
Kemudian Kami utus Musa sesudah rasul-rasul itu dengan membawa ayat-ayat Kami kepada Fir’aun dan pemuka-pemuka kaumnya lalu mereka mengingkari ayat-ayat itu. Maka perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang membuat kerosakan. Surah Al-A’raf: 103
Di zaman kita hari ini, komunisme dan anarkisme adalah merupakan barisah hadapan golongan musyrikin yang paling terkemuka. Keduanya adalah berasaskan fahaman materialisme dan teori evolusi. Pengasas ideologi ini merupakan pemimpin utama penentang agama yangmutakhir. Walaupun tidak lagi menerajui tampuk kekuasaan tetapi pengaruhnya masih lagi tersebar, bahkan tetap dipertahankan dan diperkukuhkan oleh golongan tertentu. Untuk berhadapan dengan gerakan ini adalah sangat penting untuk mendedahkan wajah sebenar dan dengan gerakan ini adalah sangat penting untuk mendedahkan wajah sebenar dan matlamat utama para pemimpin tersebut. Untuk mendapat pemahaman yang lebih baik, adalah suatu yang amat berguna untuk menyelidiki sifat dan sistem pelaksanaan kerja mereka dalam setiap tindakan yang diamalkan oleh pemimpin yang menyeru ke lembah neraka ini:
1) Mereka adalah musuh agama yang menghalang rakyatnya daripada keimanan dengan menggunakan penindasan
Motif terbesar para pemimpin seperti Lenin, Stalin, Trotsky dan Mao, yang menjulang materialisme dan mengaplikasikannya ke dalam sistem politik adalah pemusnahan agama besar-besaran. Karl Marx, mentor komunisme, menunjukkan pandangan materialis terhadap agama:
Ia (agama) adalah candu bagi rakyat. Pembasmian agama sebagai suatu kegembiraan yang diinginkan oleh rakyat adalah suatu tuntutan bagi kegembiraan yang sebenar.
Dalam sebuah esei bertajuk The Attitude of The Workers’ Party to Religion, Lenin menjelaskan pendirian komunisme:
Marxisme adalah materialisme. Seperti mana halnya, ia adalah permusuhan yang keras terhadap agama seperti mana materialisme para ensiklopedis abad ke lapan belas materialisme Feuerbach. Ini adalah suatu yang pasti. Tetapi dialektik materialisme Marx dan Engels melangkah lebih jauh berbanding Ensiklopedis dan Feuerbach, kerana ia mengaplikasi falsafah materialis ke dalam domain sejarah, kepada domain sains sosial. Kita harus memerangi agama: iaitu ABC bagi semua materialisme dan kemuncaknya Marxisme. Tetapi Marxisme bukanlah sebuah materialisme yang berhenti pada ABC. Marxisme pergi lebih jauh. Ia berkata: Kita mesti mengetahui bagaimana memerangi agama, dan untuk melakukannya kita harus menerangkan sumber keimanan dan agama di kalangan rakyat melalui pendekatan materialis.
Kebencian terhadap agama, seperti yang jelas terlihat di dalam kenyataan di atas, disemarakkan oleh Marx dan menjadi suatu sifat umum bagi semua rejim komunis. Walaupun Marx tidak berkesempatan melihat impiannya, namun kejayaan Lenin amat jelas ketika menyebarkan kekejaman dan berjaya menubuhkan sebuah rejim yang berlandaskan kepada ateisme. Dan rejim zalim Stalin melaksanakannya dengan begitu ketat.
Untuk merealisasikan matlamat ini sewaktu menjalankan revolusi komunis di Russia, China dan negara lain, setiap masjid dan rumah ibadat dimusnahkan dan rakyat yang menentang revolusi komunis dibunuh dengan kejam. Joseph Stalin telah melaksanakan tindakan pembunuhan yang paling tragik di dalam sejarah dunia, memerintah pembunuhan dijalankan ke atas lebih daripada 20 juta manusia. Pol Pot, seorang diktator komunis di Kemboja yang bertanggungjawab ke atas penyembelilhan tiga juta manusia daripada seluruh populasi 9 juta rakyatnya juga adalah dari kalangan pemimpin agama batil yang terkenal. Dan Enver Hoxha, pemimpin komunis Albania, memerintahkan hukuman berat bagi setiap bentuk kepercayaan beragama dan ibadat serta mengisytiharkan ‘telah mengasaskan negara ateis yang pertama di dunia’.
Semua ‘Fir’aun abad ke 20’ ini, tanpa sebarang perasaan kasih sayang dan belas kasihan, mengamalkan permusuhan terhadap agama seperti mana yang telah dilakukano leh Fir’aun zaman silam dengan menghukum dan menyiksa golongna yang berpegang dengan ajaran agama. Keganasannya digambarkan di dalam banyak ayat al-Qur’an sebagai berikut:
Tetapi tidak ada yang beirman keapda Musa melainkan pemuda-pemuda dari kaumnya dalam keadan takut bahawa Fir’aun dan pembesar-pembesar kaumnya akan menyiksa mereka. Sesungguhnya Fir’aun itu berbuat sewenang-wenang di muka bumi. Dan sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang melampaui batas. Surah Yunus: 83
Berkata Fir’aun: ‘Apakah kamu telah beriman kepadanya (Musa) sebelum aku memberi izin kepadamu sekalian. Sesungguhnya ia adalah pemimpin kamu yang mengajarkan kepadamu sekalian. Maka sesungguhnya aku akan memotong tangan dan kaki kamu sekali dengan bersilang secara bertimbal balik dan sesungguuhnya aku akan menyalib kamu sekalian pada pangkal pohon kurma dan sesungguhnya kamu akan mengetahui siapa di antara kita yang lebih pedih dan lebih kekal siksanya. Surah Taha: 71
Fir’aun berkata: Apakah kamu sekalian beriman kepada Musa sbelum aku memberi izin kepadamu? Sesungguhnya dia benar-benar pemimpin yang mengajarkan sihir kepadamu maka kamu nanti pasti benar-benar akan mengetahui (akibat perbuatanmu): sesungguhnya aku akan memotong tangan dan kakimu dengan bersilangan dan aku akan menyalib kamu semuanya. Surah As-Syu’ara: 49
2) Golongan Musyrikin Menganut Agama Nenek Moyang
Amat sukar dipercayai di mana para penzalim yang melakukan pembunuhan tidak berperikemanusiaan ke atas beratus ribu manusia termasuk wanita dan kanak-kanak juga diikuti oleh ramai tokoh yang tidak sahaja terhad di zaman kita. Di dalam al-Qur’an, terdapat banyak keterangan mengenai masyarakat yang enggan melepaskan kepercayaan sesat yang mereka anggap sebagai ‘agama nenek moyang’. Setiap kali mereka diseru untuk mengambil agama Allah sebagai pegangan, mereka berkata bahawa mereka tidak dapat meninggalkan perbuatan tersebut kerana telah diwariskan oleh nenek moyang mereka. Sepotong ayat menyatakan:
Dan apabila dikatakan kepada mereka: Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah, mereka menjawab: tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari nenek moyang kami, walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui sesuatu apa pun dan tidak mendapat petunjuk? Dan perumpamaan orang-orang kafir adalah seperti pengembala yang memanggil binatang yang tidak mendengar selain panggilan dan seruan saja. Mereka tuli, bisu dan buta, maka mereka tidak mengerti. Surah Al-Baqarah: 170-171
Situasi musyrikin hari ini yang menolak sebarang bentuk nilai keagamaan dan moral adalah sangat selari seperti yang digambarkan di dalam ayat di atas. Agama yang mereka anuti, pada hakikatnya adalah agama yang batil. Sesungguhnya, para pemberontak yang menentang agama yang hak hari ini diperintahkan untuk mengekalkan pegangan disebabkan para pemimpin terdahulu seperti Darwin, Lenin, Stalin dan Mao turut mengabdikan kepercayaan mereka dan yang juga menyembah pelbagai tuhan mereka. Pemimpin mereka percaya bahawa kewujudan makhluk hidupan adalah berasal daripada material yang tidak bernyawa dan bahawa hidupan berevolusi dari satu bentuk menjadi bentuk lain sebagai suatu hasil mutasi, dan bahawa di sana tidak wujud Pencipta yang mencipta mereka. Sebenarnya, para penganjur konsep ini hanya berpegang kepada kepercayaan khurafat: iaitu kebetulan dan alam semulajadi merupakan kuasa pencipta, dan bahawa dua kuasa ini (yang tidak memiliki sebarang kebijaksanaan dan kesedaran) berkuasa memutuskan ketentuan yang bijaksana dan lagi, materi adalah satu-satunya yang mutlak dan abadi.
Hari ini, betapa ramai manusia yang tetap berpegang kepada ‘agama’ nenek moyang mereka secara membabi buta mempercayai falasi-falasi ini yang berulangkali dibatalkan oleh bukti saintifik. Bahkan, tanpa memahami sebarang pengertian sebenar berkenaan dakwaan tersebut, mereka berkeras degil mempertahankannya di dalam pelbagai instrumen seperti majalah, surat-khabar dan persidangna hanya semata-mata dorongan untuk mempertahankan bentuk aslinya seperti mana yang diperturunkan daripada pemimpin mereka terdahulu. Allah menarik perhatian mengenai sifat kekufuran yang diperturunkan dari generasi ke generasi lain:
Demikianlah tidak seorang rasul pun yang datang kepada orang-orang yang sebelum mereka, melainkan mereka mengatakan: ‘Ia itu adalah seorang tukang sihir atau orang gila’. Apakah mereka saling berpesan tentang apa yang dikatakan itu. Sebenarnya mereka adalah kaum yang melampaui batas. Surah az-Dzariyat: 52-53
Bahkan apabila mereka didedahkan dengan sejumlah teks rujukan ilmiah yang jelas dan dibentangkan dengan pelbagai penjelasan berhubung dengan kekeliruan sistem kepercayaan mereka, mereka tetap tidak akan meninggalkannya. Akibat terlalu terikat dengan ‘agama’ nenek moyang, mereka kehilangan seluruh fungsi kewarasan, akal fikiran dan kebijaksanaan bahkan gagal sama sekali untuk melihat hakikat jelas yang begitu mudah walaupun bagi seorang anak kecil. Kehilangan segala deria kesedaran untuk melihat dan memahami ini juga turut diterangkan dalam al-Qur’an sebagai berikut:
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat, dan mereka telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar. Mereka itu umpama binatang ternakan bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. Surah al-A’raf: 179
Mengilustrasikan Penipuan Pemimpin Ateis
Untuk melepaskan para materialis dan evolusionis daripada cengkaman kejumudan dan ketaatan yang taksub tehadap ‘agama nenek moyang mereka’, sekaligus merencatkan perkembangan pemahaman yang menyeleweng ini ke atas umat manusia, seharusnya identiti sebenar para pemimpin dan seluruh matlamat mereka didedahkan kepada umum. Cara yang paling efektif untuk mencapai hal ini ialah menyediakan semua bukti serta keterangan dan membuktikan bahawa idea yang dikemukakan oleh para pemimpin ini pada hakikatnya adalah tandus daripada sebarang verifikasi saintifik apatah lagi nilai rasional dan logik akal. Seperkara yang harus dijelaskan juga ialah bahawa para pemimpin yang mereka anggap sebagai role model pada hakikatnya bukanlah ahli ideologi yang ideal atau pun pejuang tulin seperti mana yang mereka fikirkan, sebenarnya mereka telah mencampur-adukkan kejahatan di dalam kehidupan dan dengan itu adalah amat tidak wajar bagi individu yang benar-benar waras untuk menjulang fahaman mereka ini.
Para pengikut ‘pemimpin yang menyeru ke lembah neraka’ tidak harus melupakan satu fakta penting: Lenin, Stalin Darwin, Mao, Engels dan yang lainnya telah pun menemui hakikat kebenaran yang nyata ketika berhadapan dengan malaikat maut. Mereka telah menyaksikan bahawa Allah s.w.t adalah pemilik mutlak segala kekuasaan dan pada hakikatnya manusia tidak terlepas daripada pertanggungjawaban, dan bahawa Allah s.w.t jualah yang mencipta segalanya daripada tiada, dan bahawa kematian bukanlah suatu kemusnahan sebaliknya adalah permulaan suatu perhitungan yang dahsyat dan bukuman berat untuk selama-lamanya, dan yang pasti mereka tidak akan terlepas daripada apa yang telah mereka kerjakan.
Mereka yang tetap mempertahankan para pemimpin yang disebut di atas mungkin tidak akan menerima hakikat ini. Akan tetapi, di saat malaikat maut datang mencabut nyawanya, menghina dan menyiksa, mereka pasti akan menyedari hakikat sebenar seperti mana yang telah dialami oleh Fir’aun dan para pemimpin mereka. Bagaimanapun, mereka sudah terlalu lewat di mana segala rayuan untuk kembali ke dunia dan memohon ampun dan berjanji berbuat baik tidak berguna lagi. Kelak di sana nanti, mereka akan mengutuk pemimpin yang mengheret mereka ke lembah api neraka bahkan memohon azab yang pedih untuk mereka. Akibat lalai terhadap dakwah para utusan Allah, mereka akan menanggung azab yang tidak terbayangkan. Di dalam Qur’an, Allah menyatakan azab yang ditanggung kerana pegangan mereka terhadap agama yang batil:
Dan orang-orang kafir berkata: ‘Kami sekali-kali tidak akan beriman keapda al-Qur’an ini dan tidak kepada kitab yang sebelumnya’. Dan kalau kamu lihat ketika orang-orang yang zalim itu dihadapkan kepada Tuhannya, sebahagian dari mereka menghadapkan perkataan kepada sebahagian lain; orang-orang yang dianggap lemah berkata kepada orang-orang yang menyombongkan diri: ‘Kalaulah tidak kerana kamu tentulah kami menjadi orang-orang yang beriman’. Orang-orang yang menyombongkan diri berkata kepada orang-orang yang dianggap lemah: “Kamikah yang telah menghalangi k amu dari petunjuk sesudah petunjuk itu datang kepadamu? Sebenarnya kamu sendirilah orang-orang yang berdosa’. Dan orang-orang yang dianggap lemah berkata keapda orang-orang yang menyombongkan diri: ‘Sebenarnya tipu daya di waktu malam dan siang, ketika kamu menyeru kami supaya kafir kepada Allah dan menjadikan sekutu-sekutu bagi-Nya’. Kedua belah pihak menyatakan penyesalan tatkala mereka melihat azab. Dan Kami pasang belenggu di leher orang-orang yang kafir. Mereka tidak dibalas melainkan dengan apa yang telah mereka kerjakan. Surah Saba: 31-33
(Dikatakan kepada mereka): ‘Ini adalah suatu rombongan yang masuk berdesak-desak bersama kamu (ke neraka)’. Mereka berkata: ‘Tiadalah ucapan selamat datang kepada mereka kerana sesungguhnya mereka akan masuk neraka’. Pengikut mereka menjawab: ‘Sebenarnya kamulah. Tiada ucapan selamat datang bagimu, kerana kamulah yang menjerumuskan kami ke dalam azab, maka amat buruklah jahannam itu seabgai tempat menetap’. Dan berkata: ‘Mengapa kami tidak melihat orang-orang yang dahulu kami anggap sebagai orang-orang yang jahat (hina). Mereka berkata: ‘Ya Tuhan kami! Barang siapa yang menjerumuskan kami ke dalam azab ini maka tambahkanlah azab kepadanya dengan berlipat ganda di dalam neraka’. apakah kami dahulu menjadikan mereka olok-olokan, ataukah kerana mata kami tidak melihat mereka?’. Sesungguhnya yang demikian itu pasti terjadi, (iaitu) pertengkaran penghuni neraka. Surah Sad: 59-64
Kami adakan untuk mereka beberapa teman lalu teman itu menghiaskan kepada mereka apa-apa yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka dan tetaplah perkataan bagi mereka bersama umat yang lain yang telah lalu sebelum mereka di antara jin dan manusia. Sesungguhnya mereka itu orang-orang yang rugi. Surah Fussilat: 25-29
Allah memberi khabar gembira kepada para mukminin yang beriman kepada-Nya dan mengabdikan diri mereka kepada ajaran Islam dengan hidup di bawah sinaran cahaya al-Qur’an:
Sesungguhnya orang yang berkata: Tuhan kami ialah Allah kemudian mereka berlaku adil nescaya turunlah kepada mereka malaikat, (katanya): Janganlah kamu takut dan janganlah kamu berduka-cita dan bergembiralah kamu dengan syurga yang telah dijanjikan kepadamu. Kamilah wali kamu pada hidup di dunia ini dan di akhirat dan untuk di sana apa-apa yang diingini oleh nafsumu dan untuk di sana apa-apa yang kamu minta. Sebagai rezekimu dari yang maha Pengampun lagi Pengasih. Siapakah yang terlebih baik perkataannya dari orang yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh dan berkata: ‘Sesungguhnya aku termasuk orang muslim’. Surah Fussilat: 30-33
Konklusi
Setiap individu sentiasa terdedah kepada risiko terjerumus ke lembah kebatilan malah dengan berani menunjukkan pertentangan terhadap agama yang hak. Namun begitu, sekiranya mereka memikirkan dengan ikhlas dan berdasarkan naluri fitrah, mereka pasti akan melihat keindahan ajaran agama yang sebenar, iaitu Agama Islam yang Hak, jelas dan mudah difahami. Di saat perasaan keinsafan menyelubungi sanubarinya, harapannya yang mutlak kini ialah keampunan dan rahmat daripada Allah s.w.t. Seperkara yang harus diingat bahawa tidak ada seorang pemimpin agama batil yang mampu meminta syafaat keampunan di hadapan Allah kelak, dan tidak ada seorang pun yang mampu membantu orang lain. Satu-satunya penyelamat, penolong dan pelindung adalah Allah, Tuhan sekalin alam. Ucapan para mukminin yang benar-benar memahami hakikat ini dijelaskan di dalam Qur’an: